Ketika ini pastinya ramai antara anda yang sedang melekat di hadapan kaca televisyen untuk menyaksikan pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang bersiaran dari Stadium Putra, Bukit Jalil.

Seperti majlis anugerah yang lain, Anugerah Juara Lagu ke 17 juga tidak ketinggalan dengan versi karpet merah mereka sendiri tetapi penganjur dan penaja ambil keputusan menamakan ia sebagai Purple Carpet.

Sementara anda menyaksikan persembahan hebat di pentas akhir ini, layankan gambar sekitar karpet ungu untuk Anugerah Juara Lagu ke 27 ini — ada Shila Amzah, Ifa Raziah, Fida Ibrahim, Fara Fauzana, Sazzy Falak, Miera Liyana, Kamal Adli, Amir Jahari & ramai lagi.