fbpx

Anuar Zain Akui Tidak Layan Instagram, Twitter

Ketika barisan selebriti lain gigih menggunakan laman sosial seperti Instagram dan juga Twitter untuk berkomunikasi bersama peminat, ia berbeza bagi Anuar Zain. Ini kerana penyanyi tersebut menyifatkan sosial media membuatkan tiada lagi privasi dalam kehidpan manusia.

BACA: Anuar Zain Bantu IJN Selepas Pengalaman Pembedahan Jantung Ayah Sendiri

“Media sosial sekarang sangat membimbangkan dengan bagaiamana orang memberikan komen atau kenyataan terhadap org lain. Ia sangat menakutkan dan kejam. Mana hilangnya kasih sayang mereka terhadap sesama manusia? Cuba mereka fikir jika mereka pula yang terima komen-komen negatif, bagaimana agaknya perasan mereka?”

“Selagi ada media sosial selagi itulah orang dengan seronoknya memberikan komen yang tak sepatutnya terhadap org lain. Bukan saja artis yang menerima nasib sebegitu malah ia berlaku juga pada masayarakat. Seolah-olah sudah tiada privasi dalam kehidupan manusia, misalnya ada yang berani merakamkan gambar curi seseorang individu itu dan kemudian memuat naik di laman sosial”

“Walaupun saya tiada akaun media sosial kadang-kadang ada juga rakan-rakan beritahu mengenai apa yang hangat diperkatakan tentang saya di internet. Saya tahu orang bercakap tentang saya, tentang kakak saya. Bagi saya, tak perlu dan tak penting untuk saya membaca komen-komen negatif sesetengah pihak yang sengaja mahu menimbulkan provokasi,” jelasnya kepada Malaysian Digest.

Selain menyifatkan individu yang hanya tahu meninggalkan komen negatif dan provokasi sebagai pengecut, Anuar dalam masa yang sama juga tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya seorang yang tidak mengikuti perkembangan semasa melalui media sosial. (rtky/s)