fbpx

Anuar Zain Tak Mahu Ikut Trend Media Sosial, Enggan Malukan Diri

Meskipun ramai selebriti kini mengikuti trend di media sosial, namun penyanyi Anuar Zain enggan berbuat demikian kerana bimbang boleh mendatangkan malu pada dirinya.

Memetik mStar Online, penyanyi berusia 53 tahun itu berkata dia lebih selesa untuk kekalkan identiti sendiri meskipun tahu kepetingan media sosial.

BACA: Anuar Zain Tak Berani Jumpa Bayi Selagi Belum Habis Pantang

“Saya tidak percaya dalam mengikut trend. Saya lebih kepada sesuatu yang evergreen dan kekal selamanya. Saya pun tak reti nak berjoget dan tiada bakat ke arah itu.

“Kalau tiada bakat lebih baik tak payah buat. Kenapa perlu lakukan sesuatu yang menjadi bahan ketawa orang. Nanti bila dah semakin berusia kita pula akan terfikir tentang tindakan sebelum ini,” katanya.

Menurut Anuar, melalui media sosial dia dapat berhubung terus bersama peminat namun dia tidak akan menjadikan platform miliknya itu untuk mana-mana pihak mempromosikan jualan mereka.

“Kalau ada masa lapang saya sendiri yang akan membalas DM dan komen peminat. Itu adalah salah satu cara saya berinteraksi dengan mereka.

“Namun kalau bab perniagaan saya memang tidak akan repost. Kenapa perlu buat begitu apabila ada yang menggunakan imej saya untuk tujuan perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar memaklumkan dia bakal mengumumkan sesuatu yang istimewa buat peminat namun sedang menunggu masa sesuai.