fbpx

Anuar Zain Tak Berani Jumpa Bayi Selagi Belum Habis Pantang

Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia masih belum berkesempatan lagi untuk bertemu dengan anak sulung Ernie Zakrie kerana mahu menunggu anak saudaranya itu habis berpantang.

Memetik mStar Online, Anuar berkata sejak dulu lagi jika ada rakan atau saudara terdekat bersalin dia hanya akan berjumpa selepas selesai menjalani tempoh berpantang.

BACA: DSV Mohon Maaf Kepada Anuar Zain

“Tak pernah jumpa lagi, daripada dulu kalau ada saudara atau kawan-kawan baru bersalin saya beritahu hanya akan jumpa selepas berpantang.

“Kalau tinggal serumah okaylah kalau kita tengok. Tapi kalau tinggal berasingan walaupun saudara mara saya tidak berani lagi,” katanya.

Hanya melihat wajah melalui gambar, Anuar berkata anak Ernie iaitu Nur Khawla Soleha mempunyai wajah seperti ibunya dan putih gebu.

Dalam pada itu, Anuar berkata dia menolak untuk bertemu dengan bayi yang baru lahir kerana bimbang mendatangkan bahaya kepada mereka serta elakkan daripada perkara tidak diingini.

“Semasa berpantang bayi masih lemah, kita dari luar tak tahu bawa apa, datang dari mana. Kalau mahu melawat selepas itu pun datanglah waktu siang. Kalau malam tak boleh.

“Kita kena sentiasa berjaga-jaga. Nak cium pipi baby pun bukan boleh, mereka masih lembut. Nanti kasihan pipi bayi kalau naik keruping (kudis) pula,” katanya.

Terdahulu, Ernie selamat melahirkan cahata mata perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.