fbpx

Selepas sekian lama menanti, semalam kerajaan mengumumkan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri hari ini.

Susulan berita tersebut, ramai yang meluahkan rasa gembira apatah lagi sudah lama tidak dapat bertemu dengan ibu bapa yang berada di kampung.

BACA: Sekali Lagi Nama Digugurkan, Rita Rudaini Dakwa Didiskriminasi

Namun, status seorang netizen ini turut menjadi perhatian apabila berjenaka terhadap individu yang antivaksin serta beberapa selebriti enggan mendapatkan suntikan berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan supaya membuat laporan polis jika Rita Rudaini dan Suhaimi Saad dilihat melakukan aktiviti merentas negeri. Malah, ada yang memuat naik status sindiran seolah berpuas hati apabila rentas negeri hanya untuk mereka yang sudah lengkap vaksin sahaja.

Terdahulu, beberapa selebriti iaitu Rita Rudaini, Suhaimi Saad dan Zul Yahya berkeras menolak suntikan vaksin.