Nampak juga gambar Anne Ngasri menemani suami turun berkempen bersempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) kali ini tetapi tidak pula kami tahu yang beliau kini sedang mengandung.

Bercakap kepada mStar Online, Anne Ngasri mengakui yang dirinya kini sedang hamil tiga bulan tetapi itu bukan satu penghalang untuk beliau turun bersama memeriahkan kem Barisan Nasional (BN).

“Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat”

“Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang untuk turun berkempen cukup menyeronokkan,” jelas Anne Ngasri.

Anne Ngasri turut menambah yang beliau akan mengurangkan aktiviti seni ketika ini sehinggalah September di’mana beliau di’jangka bersalin & akan kembali aktif selepas itu. Well, tahniah!