Haneesya Hanee Tak Cemburu Dengan Anna Jobling
Melihatkan Anna Jobling kini semakin menyerlah dalam dunia lakonan, pelakon Haneesya Hanee menegaskan dia tidak pernah rasa cemburu.
Menjawab pertanyaan daripada netizen menerusi soal jawab di Insta Story, Haneesya berkata sifat cemburu adalah orang yang lemah.
BACA: Dulu Bawa Wira Panas & Bocor, Haneesya Hanee Hadiahkan Proton X70 Buat Keluarga
“Kenapa saya harus cemburu dengan kejayaan orang lain. Sifat cemburu adalah untuk orang yang lemah. Rezeki datang dari Tuhan.
“Saya mungkin tidak dikenali. Tapi saya masih ada pendapatan, membayar bil dan hidup bahagia bersama keluarga. Itu yang saya perlukan dalam hidup,” katanya.
Menerusi soal jawab itu, ada netizen bertanyakan adakah dia cemburu dengan populariti Anna Jobling serta mengatakan bahawa pelakon Melur Untuk Firdaus itu adalah yang paling popular.
“Adakah anda cemburu dengan populariti Anna Jobling sekarang?
“Sekarang Anna adalah paling popular dalam alumni Dewi Remaja.
“Adakah anda masih ingat Anna Jobling?” tanya netizen.
Terdahulu, Haneesya bergelar juara Dewi Remaja namun gelarannya ditarik balik susulan tular video berpesta di sebuah kelab malam.
Susulan kontroversi itu, nama Anna dikaitkan menjadi dalang penyebaran video. Bagaimanapun, Anna menafikan dakwaan tersebut serta menyifatkan ianya adalah fitnah.
- SUMBER
- mStar Online
Aku lyn iptv dgn streaming channel x knl muka2 ni? Drama pe diorg berlakon? Cm x menarik jek
tak semesti yang No 1 tu yang famous…
Tu laa aku rajin lyn sinetron, drama thai, pinay cantik2 giler pelakon diorg. Kalah pelakon2 omputeh. Nape pelakon2 kita muka alahai, nk kata bakat berlakon hebat x jugak.
NI SOALAN MEDIA KAN. TAPI TUDUH NETIZEN TANYERRR
ramai je juara hero/dewi remaja yg juara x menyerlah or femes as actor/actress…kalau ada pon bermusim..pastu senyap…
dh agak dh mesti keluar jgk statement ni…
sabar jela..netizen x kisah pn..wartawan yg kecohhh…