fbpx

Anita Baharom Nak Kahwin 22 Disember Ini?

Hampir setahun bergela ibu tunggal, pelakon Anita Baharom dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember ini.

Memetik Harian Metro, majlis nikah pasangan itu bakal diadakan di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor dan majlis resepsi akan diadakan keesokan harinya di tempat yang sama.

BACA: Anita Baharom Tak Sedar Banyak Petanda Ditunjuk Suami Sebelum ‘Pergi’

Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ismadi.  Perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun itu diuji apabila suaminya meninggal pada 1 Januari lalu.

Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar.