fbpx

Anita Baharom Tak Sedar Banyak Petanda Ditunjuk Suami Sebelum ‘Pergi’

Pelakon Anita Baharom berkata dia pernah mengalami mimpi hilang seluruh giginya sebelum pemergian suami, Allahyarham Mohd Ismadi pada 1 Januari lalu.

Menurut Anita, dia menganggap mimpinya itu merujuk kepada ibu tersayang memandangkan berada dalam keadaan uzur dan tidak menyangka sama sekali suaminya yang akan pergi.

BACA: Kena Keluar Bekerja, Anita Baharom Tak Peduli Dikecam Langgar Edah

“Sebenarnya banyak petanda suami akan tinggalkan kami, tetapi saya yang tidak perasan. Antaranya, suami tidak bersetuju untuk menjual rumah yang kami diami.

“Arwah berkata bukan mudah untuk membeli rumah baru tambahan pula harga rumah semakin mahal. Malah, dia juga selalu meminta saya menunggunya sehingga dia mati,” katanya.

Anita berkata lagi, dia ada menemani arwah suaminya menjadi pengurus pentas ketika konsert penyanyi Aina Abdul di Istana Budaya dan tergerak hati untuk merakam video suaminya.

“Saya pun tidak tahu kenapa hati tiba-tiba tergerak untuk mengambil videonya. Tapi, memang tak sangka itu adalah video terakhir arwah yang sempat saya simpan,” katanya.

Kata Anita, suaminya menghidap kencing manis sehingga kehilangan ibu jari kiri beberapa tahun lalu namun arwah sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Mengakui kesunyian selepas pemergian suami, Anita melauhkan rasa syukur ramai sahabat baik sekelilingnya. Malah rumahnya masih lagi dikunjungi tetamu sehingga sekarang.

Dalam pada itu, Anita berkata ada beberapa sahabatnya sanggup menghantarnya untuk menguruskan urusan arwah yang belum selesai.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada teman-teman yang sanggup susah senang bersama. Ada yang menghulurkan bantuan dari sudut kewangan dan ada yang menghulurkan makanan untuk kami.

“Sementara dua sahabat rapat saya pula menawarkan diri untuk bantu menjaga anak-anak jika saya kembali sibuk menjalani penggambaran nanti,” katanya.