fbpx

Anis Al-Idrus Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Kekasih

Bekas kekasih, Raja Afiq iaitu Anis Al-Idrus memberitahu bahawa dia seorang yang sangat profesional sekiranya digandingkan dengan Raja Afiq tidak kira sama ada dalam lakonan atau pekerjaan. Bagi pengacara Pencetus Ummah itu, dia tidak mempunyai masalah untuk digandingkan bersama Raja Afiq sekiranya diberitahu untuk berbuat sedemikian.

BACA: Cinta Antara Raja Afiq & Anis Al Idrus Sudah Berakhir

“Saya seorang profesional, tak kisahlah sebelum ini bergaduh ke apa. Kerja tetap kerja, kita orang bisnes dengan musuh pun kadang-kadang boleh bawa untung, tidak ada masalah,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Pembukaan Estetika Medispa.

Terdahulu, Anis Al-Idrus pernah mengeluarkan kenyataan untuk membongkar kejadian di sebalik putusnya hubungan percintaannya bersama pelakon Raja Afiq. Bagaimanapun, Anis enggan mengulas lanjut mengenai soal itu dan menjelaskan belum tiba masa yang sesuai untuk bercakap tentang perkara tersebut.

“Sebab, apa, mengapa saya tak boleh nak cakap lagi. Sebab itu saya tak boleh bagi kenyataan, lagipun ini untuk menghormati ibu bapa dan pihak yang terlibat,” ujarnya ringkas.

Pun begitu, Anis Al-Idrus tidak pernah serik untuk bercinta kerana baginya jodoh, ajal dan maut berada di tangan Tuhan. Dia turut berkata, ciri-ciri seorang lelaki idamannya ialah seseorang yang boleh membimbingnya.

“Percintaan terserah pada jodoh. Benda-benda sebegini saya pandang positif. Pengalaman kehidupan mengajar kita, tak kisah umur dia berapa, kalau kata serik itu sudah menidakkan ketentuan Allah. Saya lebih minat pada orang yang boleh membimbing, tahu solat lima waktu,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)