Akibat dua kali percintaan terkandas di tengah jalan bersama Sharnaaz Ahmad dan juga Raja Afiq, menurut Utusan Online, ada yang menyifatkan pelakon Anis Al Idrus sebagai playgirl bertudung. Namun perkara tersebut dinafikan oleh Anis malah dia juga tidak mudah melatah dengan perkara tersebut.
BACA: Cinta Antara Raja Afiq & Anis Al Idrus Sudah Berakhir
“Tidak! Saya bukan perempuan seperti itu. Ramai yang ingat saya asyik bertukar kekasih. Bercinta dengan lelaki ini, lepas itu putus dan terus ada penganti lain. Tetapi itu yang orang nampak dan tak tahu cerita sebenar”
“Kalau yang betul-betul mengikuti kisah saya, mereka tahu bukan mudah untuk diri ini menerima cinta baru dalam hidup.
Setahu saya, maksud playgirl ialah perempuan yang bercinta dengan ramai lelaki atau bertukar pasangan dalam masa yang singkat”
“Di sini, sudah nampak berbeza dengan kisah cinta saya. Kalau diikutkan selepas hubungan dengan bekas kekasih putus, saya mengambil masa hampir setahun untuk menerima orang lain. Jadi, bila masa pula saya bertukar-tukar pasangan?” jelasnya lagi.
Tambah Anis lagi, ketika ini dia cukup sibuk dengan kerjanya sehingga tidak memikirkan langsung mengenai perkara berkaitan cinta. Namun menurut Anis, jika ada lelaki yang mahu bertakhta di hatinya, lelaki tersebut perlulah memahami kerjayanya yang selalu sibuk. (rtky/s)