fbpx

Angkara Fitnah, 6 Bulan Raja Afiq Tak Berlakon

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti lebih-lebih lagi apabila terkena kecaman dan paling teruk sekali dilempar fitnah. Bagi pelakon Raja Afiq, difitnah menghamilkan seorang wanita adalah saat getir yang dilaluinya walaupun dia sendiri sudah menafikan perkara tersebut. Akibatnya, 6 bulan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

BACA: Raja Afiq Bukan Punca Bekas Teman Wanita Hamil

“Saya pernah melalui kejatuhan apabila enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon disebabkan nama saya terpalit dengan kontroversi. Ketika itu saya hanya menjual makanan pemanis mulut seperti brownies dan red velvet menerusi laman sosial,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, dia kembali menerima tawaran berlakon malah Afiq juga turut hadir dengan imej baru berambut pendek. Selain itu, perniagaannya sebelum ini akan tetap diteruskan juga.

“Alhamdulillah, saya sudah menerima tawaran berlakon pada awal tahun ini. Sebagai anak seni menjadi perkara biasa apabila perlu melalui zaman turun naik. Fokus utama saya pada tahun ini ialah untuk membina semula karier lakonan. Nak menaikkan semula nama saya dalam industri.

“Namun, perniagaan jual makanan itu saya masih teruskan sebab ia sebagai peringatan ketika saya susah dan hanya itulah rezeki,” katanya. (rtky/s)