fbpx

Angeline Tan Teringin Solat Jemaah Dengan Suami

Pelakon Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini berkata dia berharap dapat solat berjemah dengan suaminya, Sabri Yunus.

Memetik mStar Online, Angelin berkata buat masa ini dia belum mampu berbuat demikian kerana masih belajar mengenai solat selepas memelum Islam pada September lalu.

BACA: “Tuduhan Nikah Tidak Sah, Berzina Terlalu Berat” – Sabri Yunus

“Saya pernah tengok dekat televisyen suami isteri solat bersama, saya ingin rasa perkara macam itu tapi belum mampu,” katanya.

Sementara itu, Sabri berkata dia sudah bersedia membimbing isterinya namun tidak mahu terlalu memaksa dan biarlah ianya dilakukan secara ikhlas.

“Apabila Angeline teringin rasa nak solat itu sudah cukup besar buat saya buat masa ini. Saya tidak akan paksa dia, saya harap ia mengalir seperti cinta kami mengalir. Biarlah perasaan dia itu mengalir juga dengan tanpa paksaan apa-apa,” katanya.