fbpx

Angeline Tan Nafi Hamil, Sabri Kata Fitnah Paling Kelakar

Pelakon Angeline Tan menafikan dakwaan dirinya sedang berbadan dua serta mengatakan penyebaran berita tersebut adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Memetik Harian Metro, Angeline turut mempersoalkan tindakan individu yang menyebarkan khabar angin itu sehingga tular di media sosial.

BACA: Angeline Tan Belajar Agama Dengan ‘Ustaz Sabri Yunus’

“Tidak betul, berita yang tersebar itu adalah palsu. Saya tidak tahu siapa punya kerja yang keluarkan berita begini. Pandai sahaja dia reka cerita palsu,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook, suami kepada pelakon itu iaitu pengarah Sabri Yunus menyifatkan ianya cerita fitnah paling kelakar.

“Hari paling kelakar sepanjang enam bulan yang lalu. Viral cerita fitnah paling kelakar. Kepada orang yang memulakan isu ini tidak rasa bersalah atau tak rasa berdosa pun?

“Dan juga kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidak kah dia rasa yang serupa? Bukan apa, puas nak menjawab pada kawan-kawan yang bertanya mahu pengesahan. Ada kawan kata “tidak apa berita baik”. Haha saya kata tak baik, itu fitnah,” tulisnya.

SUMBER: Harian Metro