fbpx

Angeline Tan Belajar Agama Dengan ‘Ustaz Sabri Yunus’

Pelakon Ardini Angeline Tan berkata dia belum berkesempatan untuk memasuki mana-mana kelas atau kursus agama untuk mendalami lebih lagi ilmu tentang Islam.

Memetik Oh Bulan, Angeline berkata buat masa ini dia hanya merujuk dan meminta pandangan daripada suami, Sabri Yunus dan beberapa para ilmuan Islam termasuk Mufti Perlis, Dr. Maza.

BACA: Sabri Yunus, Angeline Tan Dapat Tajaan 7 Majlis, Paling Grand Di Kelantan

“Selama ini yang tunjuk ajar saya tentang Islam adalah Sabri, dia adalah ustaz saya. Dia banyak bimbing saya. Tapi saya masih belum betul-betul pergi kursus agama, selama ini saya belajar tentang Islam dari Sabri, Dr Maza (Mufti Perlis) serta ustaz-ustaz lain yang saya kenal.

“Mereka semua banyak beri ilmu kepada saya dan saya kutip semua ilmu itu. Sabri juga sentiasa ada masa untuk terangkan kepada saya mana-mana perkara yang kurang pasti. Buat masa ini saya belajar dengan ustaz Sabri Yunus,” katanya.

Dalam pada itu, Sabri berpendapat memasuki kelas agama sebagai fasa kedua selepas isterinya memeluk Islam kerana apa yang lebih utama keterbukaan hati Angeline untuk menerima Islam.

“Saya fikir pergi kursus agama ini adalah fasa kedua, fasa pertama hati dia harus menerima Islam itu bagaimana. Kemudian fasa kedua baru pergi kelas dan kursus, termasuk fardhu ain dan kifayah. Sebelum ke kursus dia sendiri harus memahami konsep beragama itu sendiri,” katanya.