fbpx

Pelakon Sabri Yunus meluahkan rasa syukur majlis resepsinya dengan isteri, Ardini Angeline Tan berjalan dengan lancar.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Sabri berkata dia tidak menyangka apabila dapat bersanding lagi dan kesemua majlis tersebut ditaja sepenuhnya.

BACA: Sabri Yunus Dedah Ditawarkan Jadi Duta Produk Kuat Tenaga Batin

“Saya tak pernah terfikir untuk buat majlis ni kan sebab kami sudah tua dan kedua kami tiada duit jadi bila ada pula majlis resepsi bersiri ni jadi kami sangat bersyukur sebenarnya.

“Saya rasa selain Allah sayang saya tapi rupanya baru tahu ramai yang sayang saya, terima kasih sangat kepada semua yang taja kami,” katanya.

Sementara itu, Sabri berkata ada tiga lagi majlis yang belum diberi kata putus lagi dan ada satu lagi majlis resepsi besar di Kelantan.

“Ada lagi majlis lusa kemudian di KL ada tiga lagi dan saya belum comfirm. Kelantan ada satu lagi, itu resepsi besar,” katanya.

Dalam pada itu, Angeline turut terharu apabila majlis perkahwinan mereka diraikan dengan baik oleh penaja dan penganjur.

“Total semuanya tujuh majlis. Kami hanya fikir orang meraikan untuk kita dan kita sangat hargai dan terharu,” katanya.