fbpx

Tidak salah kalau kami katakan yang malam tadi merupakan satu malam konsert buat Anas yang merupakan protege Faizal Tahir.

Mungkin kerana kawan sekampus yang hadir memeriahkan dewan auditorium MBSA, Shah Alam atau Anas memang punyai aura. Eh.

Anas yang menyampaikan lagu Kau Dihatiku dan duet InsyaAllah bersama Faizal Tahir telah berjaya meraih 79 markah keseluruhan jauh meninggalkan dua orang lagi — Ana dan Tisha.

Tisha yang merupakan protege Ferhad berjaya mengutip markah sebanyak 55 mata walau hanya mempunyai 48 jam sebelum naik live ke’atas pentas konsert Mentor.

Protege Ramlah Ram, Ana pula cemerlang dari pandangan juri awam tetapi kedudukan markah tercalar dengan peratusan juri tetap dan undian SMS para penonton di’rumah dengan hanya 51 markah. 

[nggallery id=”9″]