fbpx

“Anak Yatim Sampai Pukul 4, VIP Pukul 6, Siapa Rai Siapa?”

Setip kali bulan Ramadan, rata-rata orang kenamaan atau golongan VIP tidak akan melepaskan peluang untuk meraikan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa. Namun apa yang menjadi perbincangan setiap kali majlis, adakah anak-anak yatim ini yang diraikan atau sebaliknya.

Perkara ini turut mendapat perhatian Sufian Suhaimi yang turut mempersoalkan siapakah sebenarnya yang diraikan jika anak-anak yatim tiba lebih awal daripada golongan VIP.

BACA: Sufian Suhaimi Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat Sufian Suhaimi. Malah netizen berpendapat jurang layanan diberikan kepada anak-anak yatim dan VIP juga jauh berbeza.

Kata netizen, anak yatim perlu beratur panjang untuk mengambil makanan, berbeza dengan golongan VIP dimana makanan semua sudah siap terhidang di atas meja. Lebih teruk, jenis lauk juga dibezakan dimana lauk untuk golongan VIP lebih mewah.

Bukan mahu mengkritik mana-mana pihak, tetapi sepatutnya kehadiran anak-anak yatim perlu disambut oleh VIP kerana mereka yang diraikan. Diharap perkongsian Sufian ini dapat membuka mata mereka diluar sana.