Hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga, kehadiran Watie Hanifiah dalam keluarga Shuib membuatkan anak-anak kepada pelawak itu kembali merasai kasih sayang seorang ibu.
Menerusi video dikongsikan di TikTok jenama produk kecantikan, Watie berkata anak-anak tirinya gembira dengan kehadirannya dan dapat merasai semula momen bersama ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah.
BACA: Gaji Watie Separuh Pendapatan Shuib
“Pernah anak-anak cakap terutamanya bab pelukan. Daddy (Shuib) pernah tanya Matin kenapa suka tidur dengan Mommy? Matin cakap sebab bila Matin peluk Mommy macam Matin peluk ibu.
“Baru-baru ini anak ada cakap ketika mereka masih ada ibu, situasi itu sama seperti mereka ada saya sekarang,” katanya.
Sementara itu, anak-anak mengakui Watie juga sangat menjaga pemakanan sama seperti dilakukan oleh arwah ibu mereka.
“Masa ada ibu mereka tak boleh minum air gas dan banyak benda yang dikawal. Jadi bila ibu dah tida mereka kata smeua makanan boleh makan. Tapi bila dah ada saya kehidupan mereka dah kembali seperti mereka ada ibu.
“Saya larang mereka minum air gas, makan ringan tak boleh ambil banyak sangat dan kena kurangkan minum air manis. Saya akan bagi mereka makan sebulan sekali dan itulah persamaan yang disamakan oleh anak-anak,” katanya.
Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu di Putra Glass House, Subang Jaya.