fbpx

Gaji Watie Separuh Pendapatan Shuib

Umum mengetahui, baru-baru ini pembantu peribadi kepada Shuib iaitu Shafiq Sharip memilih untuk menamatkan khidmatnya selepas lima tahun menguruskan pelawak itu.

Memetik Kosmo, Shuib meluahkan rasa syukur isterinya Watie Hanifiah membantu menguruskan dirinya sepanjang ketiagaan pengurus peribadi ketika ini.

BACA: Pertama Kali Dating, Watie Dedah Shuib ‘Booking’ Satu Pawagam

Menurut Shuib lagi, bukan mudah untuk mencari pengganti untuk menjadi pengurus peribadinya memandangkan dia seorang yang cerewet.

“Saya mungkin cerewet mencari siapa yang nak menjaga saya sebab saya ini jenis yang pening juga hendak dijaga.

“Namun, setakat ini syukur ada Watie, dia boleh memandu, mengemas beg dan menjaga semua aspek. Dia bolehlah tolong sedikit-sebanyak,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai jumlah gaji yang dibayar kepada Watie, Shuib berkata separuh pendapatannya adalah milik isterinya.

“Gaji dia pun separuh pendapatan saya,” seloroh Shuib.

Dalam pada itu, Watie sempat menyampuk bahawa dia bukan saja menjadi pembantu buat sementara waktu tetapi akan menjaga suaminya buat selama-lamanya.

“Bukan seketika tetapi saya akan teman selama-lamanya,” katanya.

Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun lalu di Putra Glass Heights selepas dua tahun menduda.