Penyampai radio Fizi Ali mendedahkan anak tirinya, Damia mengalami trauma selepas dituduh pembuli oleh rakan sekolahnya susulan tular gambar menekup mulut anaknya Ameena.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik BH Online, Fizi berkata anak tirinya berusia 11 tahun itu mengalami kemurungan sehingga hampir seminggu tidak ke sekolah serta takut untuk keluar jika orang ramai akan membencinya.
BACA: Shakilla Khoriri Tak Senang Mulut Anak Kena Tekup Dalam Foto Nikah
“Selepas gambar itu tular, Damia terima banyak WhatsApp daripada rakan sekolah yang menghantar semula gambar menekup mulut Ameena kepadanya.
“Mereka tuduh Damia pembuli, lebih lagi, gambar wajahnya dibulatkan menyebabkan Damia mengalami kemurungan.
“Saya kasihan melihatkan keadaan Damia yang menjadi mangsa buli siber pada usia masih mentah, sedangkan Damia sangat baik dan lembut.
“Damia juga sangat sayangkan Ameena, mereka sangat rapat, malah tidur bersama. Jadi, tak mungkin Damia ada niat nak lakukan perkara tak baik pada Ameena,” katanya.
Dalam pada itu, Fizi menjelaskan ketika foto itu dirakamkan Ameena mahu mencium tangan kakak tirinya itu namun kelihatan seperti Damia menutup mulut anaknya.
“Ameena aktif, ceria dan tak boleh duduk diam. Dia suka pegang tangan kakaknya dan ketika itulah, Ameena sebenarnya cuba mencium tangan Damia.
“Saya juga minta tolong jangan bulatkan lagi muka Damia, kalau tak puas hati jumpa sendiri dengan saya. Tolong jangan babitkan isteri, anak-anak dan keluarga saya,” katanya.
Sementara itu, Fizi berkata dia ada sebab mengapa tidka menjawab WhatsApp yang dihantar oleh bekas isterinya, Shakilla Khoriri berkenaan gambar tersebut.