fbpx

Shakilla Khoriri Tak Senang Mulut Anak Kena Tekup Dalam Foto Nikah

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan anak perempuan isteri baru bekas suaminya, Fizi Ali yang dilihat menekup mulut anaknya dalam gambar pernikahan mereka.

Memetik mStar Online, Shakilla berkata dia ada bertanyakan kepada Fizi namun masih tiada maklum balas daripada bekas suaminya.

BACA: Fizi Ali Selamat Bernikah Dengan Rakan Niaga

“Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok, sebagai seorang ibu saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi namun masih belum balas,” katanya.

Sementara itu, Shakilla mengakui terkejut apabila mendapat tahu mengenai berita perkahwinan Fizi kerana dia baru saja bertemu dengan bekas suaminya itu yang mahu mengambil anak mereka.

Dalam pada itu, Shakilla berkata Fizi memberitahu mahu membawa Ameena ke taman tema air tetapi tidak sangka untuk menghadiri majlis pernikahannya.

“Saya pun terkejut tiba-tiba dia berkahwin… Semalam Fizi ada datang ke rumah dan sempat kami berbual panjang mengenai anak

“Sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya… Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya,” katanya.

Tambah Shakilla lagi, dia tetap mendoakan kebahagiaan Fizi dengan isteri barunya serta berharap tidak menyakiti perasaan anak mereka.

“Saya harap sepanjang Ameena bersama Fizi dan keluarga baru, jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.

“Kalau dia gembirakan anak, saya okay tapi kalau dia disakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” katanya.