"Hati Saya Terbuka Mahu Berkahwin Lagi, Tapi..."
Lebih sedekat melayari hidup seorang diri, Mas Idayu mengakui hatinya terbuka untuk berkahwin lagi. Namun ianya tidak semudah itu apabila memikirkan perasaan anaknya yang risau dirinya tidak disayangi lagi.
BACA: Mas Idayu Hanya Bergurau
“Cakapnya itu membuatkan saya terpaksa berfikir panjang. Sebelum ini, apabila bekas suami berkahwin semula, dia menangis. Katanya, papa sudah tidak sayang dia lagi apabila berkahwin lain hingga saya terpaksa menasihatkannya”
Pada masa yang sama, Mas Idayu juga pelik mengapa hanya lelaki muda yang sering mendekatinya dan tidak lelaki yang lebih berusia yang selalunya lebih pandai menjaga seseorang itu dengan baik.
“Agaknya mereka takut kerana menyangkakan saya garang. Takkanlah saya pula terpaksa mengejar lelaki? Saya sebenarnya lebih suka lelaki berusia kerana mereka akan menjaga dengan baik, selain membuat saya berasa lebih selamat”
“Tetapi, apabila ada yang mendekati, biasanya lelaki itu lebih muda. Saya tidak mahu lelaki muda kerana biasanya, golongan itu hanya mahu mengikis duit kita,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan juga seorang pelakon, Aman Graseka pada tahun 1997. Bagaimanapun rumah tangga yang dibina berakhir selepas berpisah pada tahun 2006. (rtky/w)
- SUMBER
- Berita Harian Online
Betui tu..laki muda nk duit je…cipap no 2..
Saiap nak kahwin dengan ko? garang semacam, siksa kalau kahwin dengan ko.
Betuii la Mas Idayu ..keeja keras last skli laki kikis..tapi jgn lak carik lagi bawak pouch beg lak kat pinggang ..parah gak klu nk jaga….walaupun kaya hahahahaha
Mami idayu cam mak rimau ..takut nak dekat
Sape la nak kat mami garang la. Laki pun takut nak dekat. Hu2. Harap mami dapat la laki setaraf mami. Dapat Dato yg kaya raya macam Dato K ke, Dato alif syukri ke. Atau jadi je bini no 2 diorang.