Tidak menjangkakan tindakan yang dianggapnya sebagai gurauan menjadi sesuatu yang serius, Mas Idayu mengakui dia sudah menghubungi individu berkenaan untuk mengirimkan kata-kata maaf kepada pengacara belakang pentas Mentor Legend, Zuan Azmi.

BACA: Mas Idayu Didakwa Cekik Zuan Azmi


“Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar. Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar. Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan, tiada apa-apa masalah pun,” katanya.

Bahkan, penyanyi yang popular dengan lagu Bolehlah Boleh itu kesal dengan tindakan Zuan yang memuat naik status perkara tersebut di akaun Twitternya.

“Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia?” katanya lagi yang turut berkataZuan tidak pernah memberitahu apa-apa ketika mereka menjalani latihan sebelum itu. (rtky/syfq)