Berbeza dengan kebanyakan kanak-kanak seusia dengannya, nampaknya minat Aaisyah Dhia Rana bukanlah terhadap barangan mainan atau pun gajet kerana si cilik ini gemarkan beg tangan dan juga kasut.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Scha al-Yahya: Jangan Bandingkan Lara, Aaisyah
“Saya tidak mendedahkan Aaisyah dengan gajet kerana bimbang ia boleh memberi kesan kepada penglihatannya. Apa yang saya perasan, dia lebih tertarik dengan beg tangan dan kasut”
“Jika saya membawanya ke kedai alat permainan, dia tidak menunjukkan sebarang minat, tetapi jika kebetulan saya masuk kedai beg, dia memberikan reaksi berbeza,” kata Che Ta. Nampaknya Aaisyah kini berkongsi minat sama dengan ibunya.
Sementara itu, Che Ta juga menjelaskan bahawa dia banyak menolak tawaran untuk Aaisyah menjadi duta produk tempatan dan juga antarabangsa kerana pelakon wanita ini menitikberatkan komitmen terhadap produk tersebut, jadual kerja dan juga bayaran. (rtky/s)