fbpx

“Anak Saya Kulit Gelap Tapi Otak Bijak”

Sejak kebelakangan ini, nama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan ramai ekoran kontroversi memanggil seorang hadirin di konsert Gegar Vaganza, dengan gelaran wanita hodoh dan mengutuk warna kulit penyanyi Santesh Kumar.

Bagaimanapun, Aliff sekali lagi perhatian netizen dimana baru-baru ini beliau ada memuat naik sekeping gambar bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan beserta kepsyen yang mengundang kecaman.

Menerusi posting tersebut Aliff memberitahu anaknya itu semenjak dari kecil sudah diajar untuk berjimat. Katanya lagi walaupun anaknya itu berkulit gelap tetapi memiliki otak yang bijak serta pandai berniaga.

 BACA: Aliff Syukri Akui Wanita Hodoh Di Gegar Vaganza Hanya Gimik

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen mengecam kenyataan Aliff yang tidak habis-habis mempermainkan warna kulit. Kata netizen lagi, warna kulit tidak ada kena mengena dengan kepandaian seseorang.

Ada juga netizen mengatakan, ini rupanya cara orang kaya yang tidak berpelajaran berkata-kata. Ada juga netizen memberikan komen pedas mengatakan kebijaksanaan anaknya itu datang dari ibu bukan dari bapanya.

Ini bukan kali pertama Aliff dikritik berikutan kenyataannya berbaur negatif. Terdahulu, Aliff dikecam teruk apabila beliau memuat naik gambar di Instagram menggelar anak-anaknya seperti pengemis. Apa pun diharap selepas ini Aliff lebih berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik status.