fbpx

“Anak Saya Buta & Autisme, Dia Sendiri Minta Suapkan Makanan”

Sejak semalam kisah pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun menjadi perhatian ramai yang kini kesusahan selepas setahun lebih bergantung dengan wang simpanan untuk menyara kehidupan bersama anak perempuannya.

Kisah Fendy itu turut mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mengunjungi kediaman Fendy untuk menghulurkan bantuan.

BACA: Fendy Caliph Buskers Minta Rumah PPR, Tak Mampu Bayar Sewa Rumah

Bagaimanapun, kunjungan Rina itu menguncang kecaman netizen apabila dikatakan tidak mematuhi SOP apabila menyuapkan makanan kepada anak Fendy, Nur Azaela Zafirah yang juga merupakan kanak-kanak istimewa.

Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Fendy berharap orang ramai memahami keadaan anaknya yang cacat penglihatan dan mengalami masalah autisme.

“Anak saya ni buta dan autisme, dia ni mudah mesra dengan orang. YB Rina hanya menyantuni anak saya dan bagi saya tak ada salah pun.

“Dia sendiri minta suapkan makanan tu untuknya, budak autisme ni lain tau. Apabila dia selesa dengan orang dia nak macam-macam. Jadi kita tak boleh harap dia faham seperti mana kita faham,” katanya.

Dalam pada itu, Fendy berkata anaknya itu sentiasa mahukan perhatian daripada orang terdekat dengannya dan mahu permintaannya dituruti jika sudah selesa dengan orang berkenaan.

“Kalau kanak-kanak normal senang nak explain, tapi anak saya ni lain, kena layan dia dan meraikan dia. Jika apa yang dia nak tu tak dapat, dia akan mengamuk dalam keadaan yang terkawal,” katanya.