“Anak Sakit Kritikal Pun Nak Seronok, Sibuk Nak Kurus”
Umum mengetahui bayi Abby Abadi yang dilahirkan pramatang kini bergantung pada mesin pernafasan dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. Namun, ada yang kurang senang dengan perkongsian Abby di Instagram seolah dia tidak berada dalam keadaan sedih.
Menerusi Instagram, Abby berkata meskipun berdepan ujian dengan keadaan bayinya yang lahir tak cukup bulan dan kritikal, namun tidak bermakna dia perlu meratap sedih sepanjang masa.
BACA: Anak Kini Kritikal, Abby Abadi Mohon Doa Peminat
“Ada orang marah dekat gambar-gambar sebelum ni, tak boleh buat itu tak boleh buat ini.
“Anak sakit pun seronok-seronok, anak kritikal pun sibuk nak kurus sampai video saya yang admin guna untuk Insta review pun kena hentam juga. Habis kalau anak sakit boleh buat apa sahaja? Meratap hiba?,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abby memberitahu dia dan keluarga sudah melakukan yang terbaik untuk anaknya dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Jelasnya lagi, tidak semua perkara mengenai bayinya itu dikongsikan kepada umum.
“Sejujurnya kami dah usahakan yang terbaik. Yang lain kami serahkan kepada pakar dengan bantuan Allah.
“Hidup ini banyak tanggungjawab yang lain juga. Anak-anak pun ramai. Jadi yang suka jadi juri awam tu tenang-tenang selalu ya,” katanya.
Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki seberat 535 gram pada 27 September lalu secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh.
- SUMBER
- mStar Online
Ntah la aku rasa mcm tipis sbb lahir 23 weeks kot.byk yg tk matang lg.klu survive pun byk complication.
Memang pelik aku pun tgk ig dia ni.mcm rilek je.yg ank masa dr pggil suh g spital tu dia dh kt lumut.
Cara dia mayb berbeza.klu aku sumpah tk g mana la.berdoa siang mlm.nk becakp pun tkut inikan menyanyi.ank kot.
Kita xtau mungkin dia nangis mlm2 tgk anaknye sis. Bkn semua bnde dia share kat public.
Walaupun begitu yg dia ikut hubby gi lumut tu je sis sedih sbb sian dgr dia terpaksa ke sana ke mari utk penuhi tnggunjawab yg pelbagai. Semoga baby tu cpt sembuh dan akan mmbesar dgn sihat.
Anak demam pun , aku gelabah , risau tak tidur …
kelakar sungguh manusia2 ni suka menilai.. pandang, tengok x sama mcm yang ada di tempat manusia lain.. klu rasa pandang x cukup utk tahu.. cuba husnuzon.. dugaan, tanggungjawab, cara hidup berbeza.. klu rasa xde yang baik nak bercakap.. berdiamlah.. itu lebih baik..
AYAT KO PON DAH SALAH ABBY PAS UMNO OIIIII… *YANG LAIN KAMI SERAHKAN PADA PAKAR DGN BANTUAN TUHAN* ATOK SABU YG AJAR KE??.. AYAT YG BETOL SEPATUTNYA KAU CKP *YANG LAIN KAMI SERAHKAN PADA TUHAN YG MAHA KUASA DGN BANTUAN PAKAR SEBAGAI PERANTARA* BG RAWAT DAN KESIHATAN ANAK KAU…FAHAM???..
Alahai…… dia salah cakap je pn. Macam dosa besar la pulak yang komen ni. Awak tu tak pernah salah cakap ke? sempurna setiap pertuturan? cara menegur pun nampak sgt tak suka sebab politikus. perlu ek sebut segala parti? yang mcm tu tak salah?!! sucinya awak…….
eeh korang…ank dia sakit, korang plak gelabah tetek. Betul lh ape dia kate, xkn meratap hiba spnjg ms. Masalah hati betul.