fbpx

Anak Kini Kritikal, Abby Abadi Mohon Doa Peminat

Sebelum ini Abby Abadi memaklumkan keadaan anak kelahirannya yang tidak cukup bulan menunjukkan perkembangan positif dan tiada lagi pendarahan di paru-parunya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru, Abby memberitahu puteranya Muhammad Danial Firman Faizal kini dalam keadaan kritikal dan 90 peratus bergantung pada mesin pernafasan.

BACA: Abby Abadi Syukur Tiada Lagi Pendarahan Di Paru Paru Anak

Abby turut menyatakan bahawa peluang untuk anaknya hidup 50-50 dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku memandangkan bayinya itu lahir dengan berat hanya 535 gram. Menerusi perkongsian itu, Abby berkongsikan gambar tangan anaknya yang sangat kecil.

Dalam pada itu, Abby memohon orang ramai turut sama mendoakan keadaan anaknya itu serta mengharapkan kajaiban daripada Allah.

Sehingga harini, bayi pasangan terbabit masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan selepas dilahirkan pada 27 September lalu. Semoga Baby D cepat sihat dan sama-sama kita doakan untuk kesihatan anak lelaki mereka.