fbpx

Anak Safura Umur 3 Tahun Meninggal Dunia Akibat Demam Panas

Pertama sekali ucapan takziah dari kami di Rotikaya HQ buat Safura Ya’cob & suami, Shahrulnizam Noor atas berita sedih ini.

Berita ini kami terima dari dua sumber yang boleh di’percayai, satunya melalui rakan pelakon Amyza Aznan & seorang lagi penulis skrip Adza Irdawati.

Amyza Aznan menerusi laman Twitter beliau menulis memberitahu kepada para peminat yang anak Safura & Shahrul berumur tiga tahun meninggal dunia akibat demam panas.

Kami ada akses ke laman Facebook rasmi Safura Ya’cob namun tidak tahu mana satu gambar sebenar anak yang di’maksudkan Amyza Aznan & Adza Irdawati.

Kami akan membawakan informasi terbaru tentang berita ini kepada anda semua secepat mungkin apabila kami tahu sesuatu.

UPDATE-1: Nama anak Safura yang telah meninggalkan kita semua ialah Nur Aisyah Mariam. Safura berkata kepada Harian Metro, lawatan pertama ke hospital mengatakan anak’nya demam biasa. Lawatan kedua anak’nya sudah tidak dapat di’selamatkan.

Buat masa sekarang, mari sama sama kita sedekahkan al-Fatihah buat anak Safura & Shahrul. Semoga syurga tempat permainan si kecil ini kelak. Stay tuned