Pelakon Pekin Ibrahim berkata kehidupannya kini lebih bahagia, malah dimurahkan rezeki selepas kehadiran anak sulungnya, Pekin Petra yang kini berusia tujuh bulan.
Memetik mStar Online, Pekin berkongsikan perkembangan anaknya itu berkata Petra sudah mula menunjukkan minat dalam bidang seni iaitu muzik.
BACA: “Tak Perlu Umum Dah Pakai Tudung Di Media Sosial” – Pekin
“Alhamdulilah kehidupan saya sekarang sangat bahagia, semuanya menjadi mudah saja dan betul la Allah kata rezeki anak kan, keluarga pun makin bahagia dan kerja seni pun makin senang memang sangat bermakna la kehidupan bila ada anak ni.
“Anak saya baru berusia tujuh bulan, memang bulat dan normal macam bayi lain, cumanya dengan usia sekarang ini saya masih belum dapat pastikan dia cenderung ke bidang mana, tapi saya rasa bakat seni tu ada sebab bila dengar muzik dia ada respon yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, Pekin berkata sebagai ibu bapa sudah pasti mahu mendidik anaknya itu dengan sebaiknya dan akan menyokong minat anaknya apabila dewasa kelak.
“Tapi apa pun saya mahu didikan dia dengan pendidikan dan agama kerana untuk berada dalam industri hiburan yang penuh pancaroba, ilmu seperti ini kena ada untuknya, saya tiada halangan untuknya jadi apa pun cuma kena tunggu dia besar sikit,” katanya.
Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.