fbpx

Anak Meraung Panggil, Suami Lufya Langsung Tak Hiraukan

Kemelut rumah tangga pelakon Lufya Omar masih tiada kesudahan lagi apabila Dr. Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya sedangkan sebelum ini suaminya pernah mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.

Namun ada yang menjadi perhatian ketika di mahkamah semalam, satu video dikongsikan mStar Online memaparkan anak mereka iaitu Lanaa Haura memanggil bapanya.

BACA: Lufya Omar Pelik Suami Tak Mahu Bercerai

Menerusi video tersebut, anak kecil itu meraung memanggil bapanya dengan panggilan daddy namun Che Hafiz dilihat tidak menghiraukan teriakan anaknya itu sehingga terpaksa ditarik oleh Lufya.

Dalam pada itu, Che Hafiz juga dilihat memasang bodyguard ketika hadir ke mahkamah. Difahamkan, pasangan ini diperintahkan untuk melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Video tersebut ternyata mengundang sebak dikalangan netizen. Malah ada yang mengecam Che Hafiz serta mendakwanya seorang yang tidak berhati perut dan mementingkan diri sendiri.

Malah ada netizen membandingkannya dengan Aliff Aziz, meskipun banyak kontroversi terpalit namun tetap memeluk dan mencium anaknya selepas keluar dari mahkamah. Apa pun diharap pasangan ini dapat selesaikan segala permasalahan dengan baik demi anak.