fbpx

Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan kembali mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Malah, baru-baru ini Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.

BACA: Dikutuk Curang Tak Padan Dengan Muka, Shuk Sahar Tak Pernah Melenting

@rossa.sera

Penantian seorang anak ? #ytjt #anaktakbersalah #tanggungjawab #fyp

? suara asli – justme – justme

Terbaru, Sera ada memuat naik video di TikTok memaparkan anak perempuannya yang meluahkan rasa rindu terhadap bapanya.

Menerusi video tersebut turut memaparkan anak Shuk menangis serta memberitahu dia merindukan bapanya sambil ditenangkan oleh Sera. Malah, Sera turut meletakkan tanda pagar anak tidak bersalah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat kanak-kanak itu yang rindukan bapanya.

Tidak kurang juga ada yang tag pelawak itu serta meminta Shuk supaya menjadi lelaki yang bertanggungjawab lebih-lebih lagi terhadap anak-anaknya.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Sera serta mendoakan agar wanita itu terus kuat demi kedua-dua anaknya.