fbpx

Dikutuk Curang Tak Padan Dengan Muka, Shuk Sahar Tak Pernah Melenting

Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan kembali mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Malah, baru-baru ini tular video dikongsikan oleh netizen di aplikasi TikTok memaparkan pelawak itu berjalan bersama seorang wanita dipercayai kekasih gelapnya.

BACA: “Hidup Janganlah Dijadikan Konten” – Shuk

Bagaimanapun, menerusi sesi Live di TikTok Shuk ada meluahkan perasaannya mengenai rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.

Memetik Astro Gempak, Shuk berkata dia tidak pernah melenting dengan apa yang diperkatakan oleh netizen terhadap dirinya selama ini. Katanya lagi, orang ramai tidak tahu hal sebenar dan bagaimana dia melalui perkara itu.

“Saya sekali pun tak pernah melenting, aku terima guys. Orang kata Shuk curang, tak padan dengan muka, aku cuma nak korang fikir betul-betul life aku korang tak tahu story dia sepenuhnya, itu saja boleh cakap.

“Macam mana aku struggle, bila aku hilang semua macam mana aku try cari ruang. Mungkin kadang-kadang, silap aku nampak besar pada korang, aku minta maaf. Kalau rasa apa yang korang tengok tak suka di mata korang aku minta maaf,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk berkata dia memilih untuk tidak menceritakan kisah sebenarnya yang berlaku di media sosial dan biarlah hanya orang yang benar-benar kenal sahaja mengetahui

Malah, bersempena bulan Ramadan ini Shuk memohon maaf andai kontroversi dirinya itu menggangu fikiran orang lain.

“Untuk cerita sebenar sepenuhnya tentang diri ni, aku tak nak cerita di media sosial. Biar orang betul-betul kenal je tahu, Aku minta maaf, kalau korang rasa tak best. Malah di bulan puasa ini juga aku ambik kesempatan maafkan korang,” katanya.

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.