fbpx

“Anak Itu Bukan Hubungan Dengan Mana-Mana Artis”

Masihkah anda ingat beberapa minggu lalu, seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah melakukan hubungan seks bersama seorang pelakon lelaki dan akibatnya mengandung.

BACA: Wanita Muda Dakwa Lahirkan Anak Pelakon Popular

Berikutan perkara tersebut, nama Idris Khan dan juga Raja Afiq turut terpalit. Bagaimanapun kedua-dua pelakon lelaki yang dikaitkan ini tidak mudah melatah selain menafikan dakwaan tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, wanita berkenaan menjelaskan kepada portal berita mStar Online bahawa selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan, sudah jelas terbukti bahawa kedua-dua nama pelakon lelaki berkenaan tidak terlibat.

“Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari. Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait”

“Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias. Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya,” jelas wanita berkenaan.

Jika benar apa yang dikatakan oleh wanita ini, semoga dia dan juga bakal suami beroleh bahagia.