Anak Dapat B Pendidikan Islam, Isteri Azhar Sulaiman Buat Semakan Semula
Ragu dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya Rees Pahamin, Azhar Sulaiman berkata isterinya Chempaka Emalin Pahamin membuat semakan semula di Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurut Azhar, isterinya kurang berpuas hati dan merasakan terdapat kesilapan apabila anaknya itu hanya memperoleh gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
BACA: Azhar Sulaiman Bangga Anak Kembar Miliki Lesen Memandu, Ujian Lesen Bawa Kapal Layar
“Seperti biasa, untuk kerja-kerja macam ni memang dibuat oleh ibunya. Dia dah soal Rees bertalu-talu kenapa dapat gred B untuk subjek Pendidikan Islam. Rees cakap dia dah jawab dengan sebaik mungkin.
“Satu-satunya cara untuk tahu apa yang Rees cakap tu betul atau tidak, maknya sebagai seorang peguam pergilah buat semakan. Saya tak terlibat dalam proses ini, tak berani nak komen lebih-lebih takut tersilap cakap,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Azhar, anak kembar lelakinya itu sebelum ini memperoleh 6A daripada lapan subjek yang diambil. Bagaimanapun, selepas semakan dilakukan subjek Pendidikan Islam pada asalnya B mendapat A.
Terdahulu, Azhar menerusi satu entri di Instagram berkongsi slip keputusan anak lelakinya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian itu, Azhar berkata keputusan SPM anak lelakinya itu sudah pun diperbetulkan dan turut berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rees yang mengambil lapan mata pelajaran berjaya memperoleh A pada semua subjek yang diambil kecuali Bahasa Melayu. Azhar berkata Katanya, anak kembarnya itu akan meneruskan pengajian dalam jurusan undang-undang.
- SUMBER
- mStar Online
tuntut bagai nk rak semata-mata nak bagi ‘bunyinya betul’? hbs BM tu x nak semak semula ke?
ISAP NENEK KO LAR
ada duit semua boleh yaa
bahasa melayu tak penting eh
Asking for more and wanting more is not greedy or selfish, it’s the opposite. Ask yourself what kind of example you’re showing your family and loved ones when they see you struggling, not being able to pay the bills, not enough for good health or education… nothing to help others in need. That’s not a great example. You’re not doing anyone any favors by asking small, struggling through life, projecting your limited thinking on others.
semak semula islamnya atas kertas aja kan