fbpx

Pasti ramai tahu pelakon Azhar Sulaiman mempunyai sepasang anak kembar iaitu Kasih Iris Leona dan Reez Pahamin berusia 18 tahun yang kini menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja cantik dan kacak malah bijak apabila berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan anak kembarnya itu. Difahamkan, anak gadisnya berjaya mendapatkan lesen memandu JPJ, manakala anak lelaknya pual lulus ujian lesen kapal layar.

BACA: Azhar Sulaiman Tepuk Dahi Tengok Warna Rambut Anak

Dalam entri tersebut, Azhar sempat mengusik kedua anak-anaknya dimana dia berharap pegawai JPJ yang tidak terpukau dengan TikTok anak gadisnya dan mendoakan agar anak lelakinya dapat membeli kapalnya sendiri suatu hari nanti.

Diruangan komen, rata-rata netizen berbangga dan mengucapkan tahniah di atas pencapaian pasangan kembar itu dan memuji cara Azhar membesarkan anak-anaknya dengan baik. Dalam pada itu, netizen juga tertanya-tanya siapa yang minat bidang lakonan seperti bapa mereka.

Untuk rekod, Azhar mendirikan rumah tangga dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.