Ibu Aliff Aziz Saran Netizen Kejar Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat anaknya selepas penyanyi itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah.

Memetik Media Hiburan, Hafiza turut menyeru kepada netizen untuk terus berbuat perkara baik serta mengejar amalan di 10 malam terakhir Ramadan ini.

BACA: Risteena Kongsi Semula Posting IG Ibu Aliff Aziz Tentang Aib

“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.

“Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai tindakannya tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Hafiza enggan mengulas dan tidak mahu bercakap mengenai perkara negatif.

“Berkenaan perkara itu tak ada apa-apa pun. Kalau boleh saya tak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif saja,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan