Anak Baru 5 Bulan, Abam Bocey Usaha Dapatkan Anak Kedua
Meskipun anak sulungnya baru berusia lima bulan, pelawak Abam Bocey mengakui sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua pula. Kata Abam lagi, dia tidak suka merancang untuk dapatkan zuriat tetapi serahkan kepada rezeki.
BACA: Abam Bocey Bengang Disuruh Buat Ujian DNA Anak
“Saya dan isteri sentiasa cuba serta ikhtiar untuk anak kedua pula sebab bagi saya, soal anak ini kita tak boleh nak merancang. Takut nanti rancang untuk tiga tahun lagi, tiba-tiba selepas itu tak ada rezeki.
“Jadi sekarang ini, saya sentiasa berusaha saja walaupun anak pertama baru sahaja lima bulan dan kalau ada rezeki, saya terima. Isteri pun okey saja sebab dia pun ada adik-beradik yang ramai,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Abam lagi, dia dan isteri tiada masalah jika jarak usia anaknya dekat kerana apabila sudah tua ada anak-anak yang boleh menjaga mereka. Abam berkata lagi, jika mereka merancang bimbang kalau menimang cahaya di usia tua dan tiada lagi kudrat.
“Sekarang ini saya dan isteri okey saja kalau jarak umur anak kami dekat sebab nanti senang nak menjaga. Takut nanti kalau rancang dan menimang zuriat pada usia tua ketika itu kudrat juga sudah lemah.
“Alhamdulillah sejak dikurniakan anak saya banyak meluangkan masa di rumah. Seronok bila tengok anak ada depan mata dan menjaganya,” katanya.
Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017. Pasangan itu baru sahaja menimang cahaya matang sulung diberi nama Syed Uthman pada 14 Jun lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
Goodluck abam and wife. Semoga murah rezeki dan bahagia selalu insyaallah.
MMG BTUL TAPI BABY BRU 5 BULAN, KAU EXPECT NAK TMBH LAGI. KESIAN KAN KAT BBY TU, LG2 BILA MNYUSU BDN. BG LA DIA CUKUP 2 THN DULU KE. TAMBAH2 LA ILMU TU SIKIT BILA DH JD BAPAK NI ABAM OI. JGN MAIN ORDER SAJA NK TMBH ANAK. KALO DKT SGT BEZA USIA ANAK, KESIAN ANK YG 1ST KENE BHNTI BREASTFEED KLU WIFE KAU PREGNNT.
Fikiran tipikal melayu. Besarkan anak supaya dia boleh jaga kau bile tua. Mcm lembu. Ade jaminan ke? Lol.
Beri juga isteri tu rehatkan urat saraf..kelahiran juga mengganggu sedikit otot dn bhngian dalam badan..semoga sihat ibu dn anak
Boleh je breastfeed anak ketika preggy.. apa masalah? Bagus engko yg belajar dulu. Nak ajar org lain pulak? Diri sendiri takda ilmu. Mmg ada dktr ckp breastfeeding ketika hamil ada potensi miscarriage tp kajian ada dibuat n tak cukup nak buat miscarriage. Lps tu kmungkinan boleh kurg susu. Klu dah gtu bersedia lah dgn fm. Sukati dorg lah nak tambah anak. Klu wife dia pun ready, itu hal dorg. Anak dorg pun dorg je yg jaga. Tak mintak kau jaga pun. Puikkk!
Hati² abam.. minta lah nasihat doktor.. bagi rahim rehat sikit untuk kesihatan jangka panjang.. bak kata abam, rezeki anak dari Tuhan.. jadi jangan lah risau 5 bulan atau 3 tahun, yang lebih penting isteri dan anak2 abam selamat ^_^
Biar la ank ckup 2tahun. Jgn jadi mcm sy, jarak ank terlalu dekat bersalin ke3 sy bleeding. Nyawa 50-50 je.. Ape2 pn smg di beri rezeki buat kalian
SO SUKA HATI AKU LA NK CKP APA. AKU PN TAK MINTAK PNDAPAT KAU. BANGANG. AKU CKP UNTUK KEBAIKAN, KAU PEHAL NK MNYIBUK? KECOHHHHHHHHHHH
Kalau org lelaki yg mengandung, aku ok jer kalau nak dpt baby selepas 5 bulan bersalin.
‘takut merancang,lepas 3 tahun xde rezeki’ bersangka baik pada Allah.perancangan Allah paling sempurna.