fbpx

Abam Bocey Bengang Disuruh Buat Ujian DNA Anak

Baru saja menimang cahaya mata lelaki Jumaat lalu, pelawak Abam Bocey hilang sabar dengan komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen di media sosial memintanya melakukan ujian DNA ke atas anaknya itu.

Abam menyifatkan komen yang ditulis oleh seorang lelaki itu sangat keterlaluan dan melampau kerana perkara seperti ini bukan boleh dibuat main.

BACA: Isteri Abam Bocey Selamat Timang Anak Lelaki

“Saya tak kisah kalau orang nak komen benda lain tapi bila sebut sampai perlu buat ujian DNA, itu dah melampau. Benda-benda macam ini bukan boleh buat main, apa dia fikir isteri saya mengandung anak orang lain ke?

“Komen itu terlalu kurang ajar.. kalau nak bergurau bukan itu caranya, nak kata saya punya kecil ke kura-kura ke saya tak ambil pusing, tapi bukan komen sensitif begitu,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Abam kini sedang menyisat mengenai lelaki tersebut dan mahu bersemuka dengannya untuk mendapatkan penjelasan. Bagaimanapun, Abam berkata buat masa ini dia belum terfikir lagi untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu tersebut.

“Saya nak berjumpa dengan lelaki itu dan tanya kenapa dia tinggalkan komen macam itu. Melalui akaun dia kata boleh kesan siapa pemiliknya cuma buat masa ini belum terfikir tindakan undang-undang,” katanya.

Apa pun diharap netizen diluar sana berfikir dahulu sebelum meninggalkan apa saja komen di media sosial. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.