Usia anak Allahyarham Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah mencecah setahun pada 14 Jun lalu, menerusi Instagram balu Arwah Abam iaitu Nor Hidayah berkongsikan video sempena sambutan hari jadi anaknya itu.
Menerusi perkongsian itu, Hidayah menitipkan ucapan istimewa buat anak tunggalnya itu dengan mendoakan semoga menjadi anak yang soleh. Video tersebut turut memaparkan Hamzah dilihat memegang bantal yang dicetak dengan gambar arwah.
BACA: Hidayah Dedah Media Sosial Milik Arwah Abam Digodam
Lebih sebak, meskipun kehilangan ayah di usia yang sangat muda, namun Hamzah tetap mengenali wajah bapanya, dimana dia mencium potret wajah Abam apabila ditanya.
https://www.instagram.com/p/CBaKn05Bqd-/?utm_source=ig_embed
“Selamat hari lahir buat anak kesayangan ibu genap 1 tahun Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar.
“14.06.20, semoga menjadi anak yang solleh buat ayah & ibu. Al-fatihah buat arwah suamiku Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.
Memetik portal Gempak, Hidayah mendedahkan arwah Abam pernah menyuarakan hasrat untuk meraikan hari yang cukup bermakna itu bersama-sama, namun hasratnya tidak kesampaian kerana dijemput Ilahi terlebih dahulu.
“Arwah pernah rancang untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran pertama Hamzah.
“Arwah kata akan sambut di mana-mana saja untuk anak dan isteri kesayangannya tetapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan,” katanya.