fbpx

Anak Angkat Aliff Syukri Dijaga Sementara Pembantu Peribadi

Susulan kes pukul anak angkat, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri diminta menyerahkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu di bawah jagaan pembantu peribadinya buat sementawa waktu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata tindakan itu dibuat atas nasihat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mebuat penilaian terhadap kanak-kanak terbabit.

BACA: Kes Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Dibebas Dengan Jaminan Polis

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di bahagian belakang badan mangsa. Bagaimanapun, pegawai perubatan tidak dapat mengesahkan bahawa kecederaan itu adalah akibat daripada perbuatan dera atau sebaliknya.

“Pegawai JKM Daerah Petaling Jaya sudah membuat penilaian dan menasihatkan supaya mangsa diletakkan di bawah jagaan sementara pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalm pada itu, pihak polis berkata mereka sudah merakam percakapan pembantu rumah yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan beberapa saksi lain.

Tengah hari tadi, pihak polis mengesahkan penahanan Aliff bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera anak angkatnya semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

Terdahulu,  pengadu yang juga pembantu rumah Aliff memaklumkan usahawan tersebut mendera anak angkatnya bernama Ameena sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti.