fbpx

Anak-Anak Restu Hubungan Cat Farish & Shikin Maembong

Selepas empat bulan bergelar duda, penyanyi Cat Farish mengakui sedang berkawan rapat dengan kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Memetik mStar Online, Cat berkata hubungan mereka terjalin sejak sebulan lalu ketika berniaga di sebuah festival jualan Aidilfitri pada Ramadan lalu.

BACA: Cat Farish Sahkan Sudah Berpisah Dengan Isteri

Sekarang ini saya memang dengan dia (Shikin), kami sedang dalam proses kenalkan anak-anak kami. Hubungan kami pun baru lagi dalam sebulan macam itu.

“Hubungan kami mula dengan perniagan, sama-sama ada minat berniaga. Kami kenal pun ketika buka gerai di Starvendor,” katanya.

Menurut Cat lagi, hatinya terbuka untuk mengenali Shikin selepas anak-anaknya selesa dengan kehadiran wanita tersebut.

Memang masih dalam sesi kenal hati budi lagi, macam saya pun pada mulanya tidak mahu beriya mencari pengganti tapi apabila anak-anak serasi dengannya, mereka pula yang lebih lincah berkomunikasi dengan Shikin.

“Memang agak terkejut dengan reaksi mereka apatah lagi anak sulung saya memang cukup susah nak rapat dengan orang. Betitik tolak daripada itu, kami mula berjumpa lagi dan dia juga ada tolong saya masa hari raya tempoh hari,” ujarnya.

Sementara itu, Cat tidak menolak andai bertemu jodoh dengan Shikin apatah lagi usianya hampir mencecah 50 tahun.

Kalau ikutkan nak esok (kahwin), tapi kalau mengikut ramalan bulan dan bintang mungkin hujung tahun. Semuanya kenalah dengan cara yang betul.

Kami memang ada bercakap mengenai perkara ini tapi baru sekadar bercakap. Kalau boleh memang nak cepat sebab kami banyak berniaga bersama.

“Tak manis juga kalau orang tengok kami asyik berdua sahaja. Umur masing-masing pun bukan 30-an, kalau dah berusia ini, bercinta sangat tak sesuai. Baik cepatkan perkara baik.

“Takkan nak dukung anak kecil lagi bila usia dah cecah 50 tahun,”  katanya.

Terdahulu, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun.

Cat kemudian berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020, namun berpisah pada Februari lalu tanpa dikurniakan zuriat.