fbpx

Cat Farish Sahkan Sudah Berpisah Dengan Isteri

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Cat Farish didakwa melafazkan talak terhadap isterinya, Suriani Hassan, 36, sebanyak tiga kali tanpa sebab pada 13 Disember lalu.

Cat berkata ketika itu berlaku sedikit pertengkaran sehingga dia melafazkan cerai terhadap isterinya sebanyak tiga kali serta mengakui mempunyai tabiat cakap berulang kali.

BACA: ‘Habit’ Suka Cakap Ulang Kali, Cat Farish Akui Masih Sayang Isteri

Terbaru, memetik laporan Xtra, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli mengesahkan dia dan isteri mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Perkara itu diberitahu oleh Cat menerusi ruangan komen menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan mengenai status perkahwinannya. Bagaimanapun, Cat tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai perpisahan tersebut.

Sebelum ini, Suriani mengesahkan telah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan selepas tiga hari talak dilafazkan.

Perbicaraan kes perceraian mereka telah ditetapkan pada 16 Januari lalu, namun tiada kenyataan daripada Cat mahupun Suriani mengenai status hubungan mereka.