Anak-Anak Menunggu Kepulangan Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dan menanam pokok ganja pada 24 Mac lalu.
Memetik laporan Harian Metro, abang kepada Yasin itiu Zain Sulaiman memaklumkan kedua anak penyanyi itu sudah mengetahui mengenai keadaan bapanya serta berharap kembali ke pangkuan keluarga.
BACA: Yasin Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati
“Anak-anaknya sangat kuat dan menunggu kepulangan beliau (Yasin). Saya mendoakan Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya.
Kata Zain lagi, ahli keluarga mereka juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yasin dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin memaklumkan lelaki itu melalui fasa perceraian dengan isteri yang memburukkan kesihatannya.
Katanya, Yasin juga tiada rekod negatif dan banyak memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi karyanya sebelum ini.
Terdahulu, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen dimaklumkan Yasin menghidap bipolar sejak 2009 dan memerlukan rawatan susulan, dengan rawatan terakhir diterimanya pada dua bulan lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
ambik dadah tapi masih nak menunjuk imej islamik..amat memalukan.
Kesian…kenapalah ko pilih jalan macam ni Yaasin!
Agaknya kalo wife dan ank ank tinggal sekali kat kondo tu dgn dia..rasenya kne angkut sekali ker aper…
Aku dulu kwn pd hsmate bawak blk sayurr mampat seketul..buat kenduri, aku x byk ckp ..terus angkut brg keluar rumah sesenyap
Ramai je melalui fasa perceraian tapi bukan ganja jln penyelesaiannya. Sepatutnya anda lelaki yg dipilih Allah sebagai khalifah harus tunjukkan anda kuat tambahan imej anda sangat elok sebelum ini. Saya faham sakitnya perpisahan kerana saya juga melalui fasa ini (cerai mati) namun sedaya upaya kuat demi anak², hanya Allah je tempat mengadu cuma cepat atau lambat je Allah hadirkan bantuan dlm berbagai rupa dan cara.
eh yg cakap amik dadah nampak sangat korang ni bodoh! ganja tu bukan dadah la bodoh.. ganja tu tumbuhan.. yg si SHAFIAH ni nak acah2 agama lak.. ko tu macam tahu je amalan dia camne..
Kak kiah ko pegi laa ke balai hisap ganja sebalut ko tngk nnt ko jd apa kena tangkap bawah seksyen apa? Ganja tu diletak bawah akta dadah merbahaya! Ko nk ikut undang2 negara lain lps tu duduk kt Malaysia?
Kalau tak mampu nak berubah, lebih baik takda.. ayat bunyi kejam tapi bila dah hidup dalam keadaan macam ni, selamanya akan jadi beban keluarga, sendiri pun sakit.. harapnya dapat bertaubat sebelum pergi, keluarga pun kena redha la
Salah hg yasin sebab xda kabel kuat…kalau ada kabel kuat dah lama hg lepas…yg bunuh manusia pun terlepas janji kabel kena kuat…dunia2 ?
Salah hg yasin sebab xda kabel kuat…kalau ada kabel kuat dah lama hg lepas…yg bunuh manusia pun terlepas janji kabel kena kuat…dunia2 ?
Aku kesian jugak kat Yasin ni.
Kalau nak kira, ganja/cannabis/marijuana ni tak boleh disamakan dengan dadah seprti heroin, morphine dan juga amphetamines seperti syabu, pil kuda, ice.
Dan, ARAK yang dibenarkan tu adalah lebih bahaya dan mendatangkan banyak kesan negatif kepada peminum, keluarga mereka dan masyarakat.
TAPI… bila kita duduk di sesuatu negara, tak kira negara apa, kita kena patuh kepada undang-undang dan peraturan di situ. Kalaulah undang-undang tu kita rasa `bodoh’ atau apa sekali pun.
Kalau tak nak ikut, itu pilihan masing-masing.
Tapi kena ingat dan terpaksa kena terima, ADA AKIBAT.