Anak Abby Abadi Meninggal Dunia
Hampir dua bulan mengikuti perkembangan bayi pramatang pelakon Abby Abadi, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh, selepas 70 hari Muhmammad Danial Firman, menghembuskan nafas terakhir, malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Abby menerusi Instagram miliknya jam 2 pagi tadi. Menerusi perkongsian tersebut, Abby memohon maaf tiada disisi anaknya kerana berada di Tanah Suci, Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.
BACA: Abby Abadi Sedekah Peti Sejuk Simpan Susu Ibu Di Hospital
“Muhammad Danial Firman telah pergi meninggalkan kami. Maafkan mama dan abah sayang.
“Ini video terakhir sebelum kami tinggalkan dia untuk menunaikan umrah pada Khamis lalu. Maafkan mama dan abah, sayang,” tulis Abby.
Dalam satu lagi perkongsian, Abby memaklumkan anaknya itu telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Kuala Lumpur.
Muhammad Danial Firman dilahirkan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram. Allahyarham dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.
Takziah abbg dan suami
Tak faham makchik …seribu persoalan …..
Apa pun takziah ..
Anak dia kan lahir xcukup bulan..anak die lahir pon mmg kecik sgt sb tu kne tgl kt hospital..dia g umrah mgkin utk doakan anak dia sekali..tapi dah mmg ajal ank dia pergi awal..
Sy ada terbaca org komen napa snggup tinggal baby dan p umrah..xleh tunggu ke umrah kan bkn bnda wjib..tp sy sbg mak,boleh phm napa abby n fam buat cmtu..baby di nicu, hanya mak ayah je boleh tgk..tu pun dh berapa kali doc kata hanya Allah mampu beri keajaiban..jd dr menunggu n bersedih, abby n fam ikhtiar n tawakal sepenuhnya terhdp Allah..pergi berdoa di tempat yg paling mustajab doanya..kerana abby n fam yakin hanya Allah yg berkuasa..jd bila ditakdirkan baby D pergi, abby n fam redha kerana mereka dh ikhtiar(doa) n bergantung harap sepenuhnya kpd Allah..dan Allah putuskan yg terbaik ialah dgn baby D pergi ke syurga..xdak isu abby n fam abaikan anak x jg amanah boleh senyum n bergmbr..xkan nk suruh diorg menangis x mkn x minum..abby ada anak2 lain yg perlukan kasih syg dia sbg mak yg tabah n sabar..
Yela ..baby tu tak la berapa penting kan dia byk anak lain …
Its ok … La
“apa yg makchik tak faham…..”
Nak berdoa ..kat mana pun boleh berdoa ….
And awak tu berbunyi macam jenis penuggang agama …semua salahkan takdir .
Kesian tengok bayi pergi sendiri ….mama dan papa tak ada untuk hantar dia pulang . Tak boleh tunggu pun ….mesti ada dgn dia , dia baru dua bulan .
Mama n papa boleh lagi bergambar sakan di Mekah/Madinah ….ish …
Aku pun seribu persoalan. pergi berdoa? Aku perhati lama dah dia ni. Dari dia pregnant pun dah pelik. Dengan tahap kesihatan dia, dia cuma follow up dengan klinik keluarga, sepatutnya jumpa pakar. Dia ambik mudah. Dia pernah gugur preclamsia sebelum ni, 5 bulan baby meninggal dalam rahim, buat d&c. Bila pregnant kerja teruk sampai hypertension. Doc czer masa baby baru 5 bulan. Keluar hospital selepas 6 hari, hari ke 8 dah ikut husband pergi lumut pasang cctv. Dia pergi jauh sikit baby kritikal. Then tak sampai sebulan dah meniaga, bila orang tegur dia kata ada anak lain nak sara. Suami kan ada untuk cari nafkah. Lagipun suruh rehat saja, tak nak ikut pantang traditional pun takpelah, rehat dalam sebulan then start la balik meniaga. Sekarang baby dah hampir 7 bulan, dia tinggal gi umrah. Walaupun kontrak dah sign awal, tapi ini kes hidup mati, bawa la berbincang dengan sponsor tu. Kau tinggal 2 hari anak terus kritikal. Orang lain sampai kena halau dengan nurse dekat nicu tu. Betul, ajal di tangan allah tapi u must know your priority abby oiii.. patutlah abang-abang kau marah sangat dengan kau abby, wat do u want to prove actually? Walaupun hidup kau takde kena mengena dengan kita semua, tapi sedih dengan pemergian baby & sikap ibu bapanya .. bukan suruh kau menangis ratap hiba, tapi tunjuklah sikit kesungguhan tu. But too late now, anak sudah pergi ke syurga.
Kasidah..aku pun dr awal article ni pk brnde yg sangatt sama.maaf aku kata aku memang tkpaham cara dia.umpama yg meninggal tu ntahla…umrah ni di sponsor ke? Ada sesapa tau tak?kalau norman ngn memey yg pegi.ok la..
Mintakla dia doakan dr kejauhan.utk aby stay la disisi ank.ank tuu..paling sedih ayat tkdpt amik.kebumi ank sendiri.kuarga lain yg uruskan.sungguh rasa sedih .
setuju dgn kasidah. klu dh mak ayahnya xde masa utk berada di sisi baby pramatang tu, elok la baby tu pegi meninggalkan dunia ini n mak ayahnya teruskan la mcari rzki utk mnyara anak2 yg sedia ada. xyah susah payah nk
ada baby lg pasni. huhu.
Setuju dgn kamu…kalau aku ditempat dia, aku akan ada kat sisi anak aku selalu..nak doa di mana2 pun boleh berdoa, ko tahajud pun dah antara waktu mustajab doa. Ralat rasa bila x sempat nak tatap wajah anak kali tetakhir… Elok la baby tu pergi, dah mak ayah macam x amik kisah setakat tinggal susu ibu bekalan anak.
Penungggang agama mcm ni biasalah akan buat ayat cliche.. Dah takdir, terima dgn redha.
Basically , bodoh punya mak bapak ….. Jenis tak sayang anak …. maklumlah anak ramai …. Jadi mati pun tak pe …
Kalau aku baby tu …tak ku tunngu mak pak aku di pintu syurga … Nasib kau la mama papa …for not loving me enough to be there .
Frozen susu …. Untuk bayi yg sakit ….
Amboi mama n papa bukan mai happy lagi di Umrah …. Posing sakan …. Senyum happy lagi ….
Yg dok back up tu topong fikir sekit …what abby n hubby dia buat tu salah … Kejam sungguh tinggal anak kecik sakit tu …
saya terkesan dgn berita ni. saya ada anak lahir pramatang jugak. berbulan tu lah saya hari2 pergi NICU, ambik cuti daripada kerja, siap sambung unpaid leave sebab nak pastikan dapat ulang alik ke hopsital tgk anak, bekalkan susu. tak pernah terfikir nak pergi ke mana pon. suami mmg bertungkus lumus kerja, nak pastikan expenses terjaga sbb putus sumber kwangan since saya cuti. apa2 doktor call pasal anak, kami sentiasa ada, cepat je dapat pergi hospital, sentiasa dekat. kalau nak berdoa, kat hospital di sisi baby tu pon boleh berdoa. bila ada benda emergency lah kita nak ada di sisi anak tu. saya pon ada anak sorang lagi lahir 24 minggu, sama mcm Abby, cuma anak saya bertahan 4 jam. tp saya tetap bersyukur dapat kendung peluk anak tu, dan dia pergi dalam dakapan. tak ralat sangat sbb anak syurga. kalau tak dapat tgk untuk last time, mesti saya lagi ralat. priority dia patut bersama baby tu always. bkn galak berjalan.