fbpx

Abby Abadi Sedekah Peti Sejuk Simpan Susu Ibu Di Hospital

Bagi menghargai jasa kakitangan yang menjaganya ketika bersalin dan menjaga anaknya, Abby Abadi menghadiahkan dua peti sejuk kepada Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menampung susu badan para ibu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Abby berkongsikan satu video pendek berserta foto bersama kakitangan hospital tersebut.

BACA: Anak Kini Kritikal, Abby Abadi Mohon Doa Peminat

https://www.instagram.com/p/B4CQlr6j4c_/?utm_source=ig_embed

“Minggu ini tak sempat nak belanja makan jururawat dan doktor-doktor HSB yang rajin melayan kami dan menjaga baik anak kami.

“Jadi kami, saya, suami dan anak-anak semua belanja dua peti sejuk untuk Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) bagi menampung susu badan ibu-ibu yang dipam susunya untuk bayi mereka di sini termasuklah saya,” tulisya.

Dalam pada itu, difahamkan bayi pra matang Abby yang diberi nama Muhammad Daniel Firman Faizal yang dilahirkan pada 27 September lalu masih lagi ditempatkan dalam jagaan NICU hospital berkenaan.