fbpx

Anak A. Aida Tak Akan Dapat Satu Sen Kalau Kahwin Senyap-Senyap

Perkongsian penerbit terkenal, Datuk A Aida menjadi perhatian ramai apabila memuat naik statsu seolah memberi amaran kepada anak-anaknya jika ada yang membelakangkan keluarga dalam hal perkahwinan.

Memetik mStar Online, Aida berkata dia tidak akan bertolak ansur jika anak-anaknya berbuat demikian dan kemungkinan nama mereka tidak akan tersenarai sebagai penerima wasiat yang dibuatnya.

BACA: “Dia Tetap Kena Bayar Denda, Terbukti Dia Bersalah…” – A.Aida

“Kalau berkenaan pasangan hidup, tak dapat restu mak ayah buat perangai pergi kahwin senyap-senyap memanglah saya buang terus daripada wasiat.

“Anak-anak kalau dehaka satu sen harta pun saya tak akan beri. Kalau anak sudah tidak pedulikan dan tidak mahu dengar cakap kita, buat apa kita nak beri harta. Biar mereka cari sendiri.

“Ia disebabkan mereka tidak menghormati kami sebagai ibu bapa dan tidak menganggap kami ini penting,” katanya. 

Mengulas mengenai kenyataan dikongsikan di Instagram baru-baru ini hanya menjawab gurauan anaknya yang mahu mencari jodoh di luar negara.

“Anak perempuan saya bergurau beritahu nak cari suami bermata biru, saya pun dengan spontan menjawab okay tapi kalau nak kahwin cakap, jangan kahwin senyap-senyap.

“Saya tak bermaksud untuk menunjukkan kenyataan itu kepada sesiapa. Itu hanya pengajaran untuk kita semua,” katanya.