fbpx

Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam berkongsikan berat sebanyak 50 kilogram tidak cukup untuk bertahan selama dua minggu memandangkan memiliki keluarga besar.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi temu bual bersama Rasa.my, Rebecca berkata bukan hanya keluarga sahaja malah dia juga mempunyai pembantu yang ramai termasuk tukang kebun.

BACA: “Saya Takut Beranak Tapi Buat Sedap…” – Rebecca Nur Islam

@rasa.my

Datin Rebecca pun terkesan dengan harga barang naik. Beras 50kg pun tak sampai 2 minggu dah habis! #fyp #majalahrasa #rasashare #beras #datinrebeccanurislam

? Chill Vibes – Tollan Kim

“Beras sekadar.. beras yang 50kg pun tak sampai. Itu actually memang tak boleh nak larilah. Agak besar jugalah. Anak saja pun dah 9 orang, campur kita suami isteri dah sebelas orang, pastu campur kita ada pembantu lagi.. so kalau cerita pun, agak terkejut.

“Macam beras sekadar 50kg tu 2 minggu pun tak sampai. sebab pembantu pun ramai ada di rumah, termasuk tukang kebun. Jadinya, merekanya cara makan agak banyak dan kita pun tak kisah,” katanya.

Ditanya mengenai harga barangan sekarang, Rebecca berkata ramai tidak terlepas dengan masalah tersebut namun baginya perlu berusaha mencari rezeki termasuk dirinya untuk.

“Berbalik pada harga barang tu, kita ni rakyat biasa, rakyat jelata.. nak cakap macam mana pasal harga barang. Jadi kita teruskanlah kehidupan dengan berusaha mencari rezeki, bukan dengan satu kerjaya sahaja yang mendatangkan duit dengan rezeki halal, itu yang saya bekerja kuat tu.

“Sekurang-kurangnya apa yang anak nak, saya nak.. kita nak makan apa, kita boleh dapat. Macam tu,” katanya.