Anak 5 Bulan Tak Sekolah Kena Merempat, Syida Melvin Dakwa Bekas Suami Enggan Keluar Rumah
Pelakon dan usahawan Syida Melvin menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran berkenaan kemelut dipercayai membabitkan dirinya dengan bekas suami, Syafiq Azam.
Menerusi perkongsian di Threads, Syida berkata dia terpaksa berdepan dengan individu didakwa bersikap narsisistik dan manipulatif.
BACA: “Anak-Anak Boleh Tengok Nanti” – Syida Melvin Simpan Enam Baju Pengantin Buat Kenangan

“Rupanya dah dicanang sampai ke balai polis yangg kita aniaya dia ya selama ni. So orang nampak kita ni yang jahat, dasar narsisitik si manipulatif! Sikit sikit nak libatkan polis dalam semua hal,” tulisnya.
Selepas memfailkan cerai, Syida mendakwa dia yang keluar dari rumah kerana bekas suaminya enggan berbuat demikian.
“Saya keluar dari rumah tu sebab mental abuse duduk situ lama-lama! Sejak fail cerai saya keluar sebab dia tak nak keluar! Rumah tu geran nama saya sorang, saya tak nafikan rumah tu 100% pun saya punya.
“Cuma now bila dah cerai saya mintak dia keluar 30 Ogos ini bagi ruang saya dan anak-anak duduk situ sementara semua tuntutan selesai.
“Dia tetap tak nak keluar dan tak habis-habis suruh saya dapatkan perintah mahkamah untuk suruh dia keluar. Rumah nama saya sorang, takkan saya pulak nak pergi dapatkan order tu,” tulisnya.

Syida mendakwa lagi, dia terpaksa menjelaskan tunggakan bulanan rumah berkenaan meskipun dia tidak tinggal di kediaman tersebut. Syida turut mendakwa anak-anak tidak bersekolah hampir lima bulan kerana terpaksa berpindah-randah.
“Dia duduk sorang-sorang rumah tu sepanjang kes cerai berjalan, sengaja dia tak bayar sebab nak susahkan aku! 3 bulan tertunggak akhirnya aku yang bayar, bayar RM20,000 lebih semata-mata untuk dia duduk sorang weh,” tulisnya.